PRODUK DAN SERVICE
Menyediakan Kek Birthday, Kek Perkahwinan, Cupcakes, Brownies, Muffins, Chocolates, Biskut Raya untuk semua majlis yang akan diraikan. Saya juga mengambil tempahan jamuan berbentuk catering seperti Nasi Baryani, Nasi Jagung, Nasi Ayam, Nasi Lemak, Mee Rebus, Mee Kari, Soto serta Kuih Muih...
Sunday, March 21, 2010
Bahulu Tradisional, Rasa Moden
Best.... memang puas hati aku hari ni.... cantik lembut sedap dan sesuai untuk apa jua majlis. Sapa nak tempah order siang-siang... malam nak tido... hehe
Froozen Food
Wow, Banyak jenis aku buat hari ini. Pasti memikat. Sedap semuanya. Boleh simpan setahun dan mudah untuk digunakan bila-bila masa. Sapa nak! sapa nak! cepat lambat abis..
Monday, March 8, 2010
Cita-Citaku
Apa lagi yang aku mahu. Segulung ijazah? Telah ku genggam... Pengiktirafan sebagai Mutawiff Bertauliah... Telah 2 tahun aku mengkaji, buat research, gi kursus, test, temuduga and praktikal ah... akhirnya aku berjaya juga mendaki tangga-tangga pentas bercahayakan kerlipan lampu dan petikan lensa kamera menerima segulung kertas pentauliahan.
Kerja-kerja harian aku di pejabat tak pernah putus. Banyak tender-tender yang seakan tidak mahu berhenti. Itulah penyambung hayat syarikatku. Aku suka melakukanya. Namun di mana kepuasan kerja yang ku cari. Aku tahu malah telah pasti dengan benar-benar keyakinan yang mendalam bahawa apa matlamat hidup ini sebenarnya. Namun dalam melalui lorong-lorong kehidupan aku tidak perlu pasrah dan hanya duduk di sejadah saja. Itu bukan tuntutanNya.
Begitu juga hidup sebagai isteri dan ibu... Dulu masa anak-anak kecil dan masih berkumpul di rumah. Ye mestilah hidupku penuh dan terisi sampai tak menang tangan, namun kini satu demi satu anak-anak membesar dan ada kehidupan mereka masing-masing. Akhirnya tinggal aku dan suami di rumah. Suamiku pastinya siang hari sibuk mencari rezeki dan menjelang maghrib hingga selepas isyak baru pulang ke rumah. Mujur baby masih bersekolah dan tinggal dengan kami. Ada juga yang perlu dilakukan untuknya.
Namun disebabkan sikapku yang tidak suka membuang masa, telah mendorongku untuk mencari-cari sesuatu untuk dipelajari secara "short term" tetapi berbaloi untuk "long term". Apa lagi cita-citaku yang belum tertunai.... Ha inilah masanya untuk menjadi seorang yang serba boleh sebagai perempuan sejati.... iaitu menjadi pembuat roti, kek serta dekorasinya sekali... mesti deeboom. Suamiku mulanya agak terkejut bila mendengar hasrat hati namun akhirnya gembira bila melihat kejayaan demi kejayaan kek dan roti yang dibakar... kini puas rasa hati.... akan ku teruskan untuk mengejar cita-cita ini agar ianya boleh dikategorikan "excellent baker" suatu hari yang indah dan permai nanti.
Pun begitu aku juga menyimpan cita-cita lain yang lebih besar yang perlu aku bereskan dalam masa yang sama iaitu untuk fasih berbahasa Arab yang kini sedang aku pelajari secara intensif dan mengkhatamkan Al-Quran dan Terjemahannya setiap tahun.
Allahu ma ya Allah berikanlah kesihatan yang baik padaku agar dapatku melakukan kerja-kerja amal sementara di dunia ini. Golongkan aku di dalam golongan orang-orang yang beruntung dan jauhilah aku dari terjebak dalam golongan orang-orang yang rugi. Ameen....

Subscribe to:
Posts (Atom)