PRODUK DAN SERVICE

Menyediakan Kek Birthday, Kek Perkahwinan, Cupcakes, Brownies, Muffins, Chocolates, Biskut Raya untuk semua majlis yang akan diraikan. Saya juga mengambil tempahan jamuan berbentuk catering seperti Nasi Baryani, Nasi Jagung, Nasi Ayam, Nasi Lemak, Mee Rebus, Mee Kari, Soto serta Kuih Muih...

Tuesday, August 31, 2010

Choc Hazelnut Torte



Ha yg ni anak bos ku punye kek. Dia nak celebrate ngan kwn2nya kat asrama sek. teknik. Begini lah kasih ibu..Walau jauh kau x pernah ibu lupakan. Kek ni dilapisi dgn walnut fresh cream + choc, dilapisi dgn potongan biji-bijian walnut dan disaluti dgn choc ganache. Rasanya lemak berkrim dan x muak... Harap najah dan kawan2nya gembira dan berjaya dlm pelajaran masing-masing..

CMCC 4 Abg Is



Alamak manjanya si siti salwa ni. Ini surprise untuk mu bang is..hehe..Nasib tuah badan le dpt isteri yg perihatin mcm ni. Tak kira walau bulan puasa tetap ada hadiah untuk si suami. Cuba Ko org tengok, mentang2 la dah nak raya cmcc akak pun mcm dah terikut2 mood raya. Tak pe la yg penting Abg Is gumbira. Hpy besday Sham...

Cuma mcm biasa akak nak nasihat kat semua sahabat handai secara general, sebuah perkahwinan itu akan lebih diredhoi sekiranya kasih kita bukan setakat tumpah utk suami dan anak2 je, sebaliknya adalah lebih manis jika turut diperpanjangkan kepada ibu bapa mertua, biras,ipar duai dan saudara-mara sebelah suami. Hidup ini sementara jer... ingat2 bila kita mati nanti diharap mereka yg tolong memberi sinar dikubur kita dgn fatihah & yassin... takut2 suami yg dicintai bgi nak rak tup tup kawin lain apa nak kata? Anak yg kita tatang langsung x ingat kita, sebijik mcm yg buat kat org tua @ saudara-mara kita dulu. Ingat2 lah, jgn smpi membenci saudara-mara sendiri..apa lagi memutuskan silaturahim.. Jgn marah@x senang hati bila mereka nak dtg ziarah @ bermalam dirumah kita.. sambut dgn hati senang/ikhlas kerana ada keberkatan dariNya...[bergantung pd iman]

Classic Baked Cheesecake



Cis kek untuk anak kak hjh fauziah yg akan merayakan ulang tahun anakandanya di sekolah. Mudah2an berjaya dalam pelajaran ilmiah dan hafazan quran ye.. Beruntung lah anak2 kerana dalam kesibukan masa ada ruang untuk anak2 meskipun mereka tidak di depan mata.

Komen kak fauziah bila makan cik kek ni ialah..."Emmm sedap betul la... x sangka awak boleh buat dan keep it up, dan akak nak makan bluberry/resberry awak lak nanti". Terima kasih kak. Saya pun budak baru belajar... banyak mende yg perlu diterokai dan diperbetulkan lagi. Bagaimana pun sokongan kawan2 banyak membantu memotavisakan diri ini. Apa2 pun saya sering ingat kata2 "KEKUATAN DIRI YG SEBENARNYA TERLETAK DI HATI". Akan ku genggam kata azimat ini walau dalam segenap perkara sekali pun..

Tuesday, August 24, 2010

Happy Besday Lena



Walau bulan Ramadhan lena tetap gak menyambut ulang tahun kelahirannya. Nasiblah akak x leh pose hari ni...kalu tak mmg dpt nak melayan tempahan2 ini. Almaklum takut x sempat jumpe tahun dpn... Ini tempahan ulangan lena yg ke-3 dlm masa 2 bulan. Bukan senang nak dpt keyakinan customer. Lagi2 akak yg masih ingusan dlm bidang membaker nih.. apa2 akak doakan kita sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik supaya dpt terus menjalani perintahNya dgn lebih sempurna.. Insyallah..

Sunday, August 15, 2010

Pink CMCC buat sorang sahabat


Sesungguhnya dalam hidup ini bukan kawan yang kita cari, namun "SAHABAT" itulah perkataan yang paling sesuai kerana sama ada kita sedar atau tiada istilah "kawan" bagi Rasullah namun yang diguna pakai ialah "SAHABAT". Mengapa? Kerana sahabatlah yang sama2 berjuang untuk menegakkan "kalimah Allah", sakit, susah, senang bersama malah sahabat juga yang meneruskan perjuangan2 baginda selepas kewafatan beliau. Apakah bisa kita temui seorang sahabat dalam hidup ini?. Walau kita masih ada dan setelah ketiadaan kita suatu hari nanti diharapkan kebaikan2 kita yang akan diperkatakan. Bukan kawan yang hanya ketawa bersama namun semasa susah, kita sendirian malah lebih hebat kawan tikam kawan, kawan makan kawan, kawan jatuhkan kawan dll. Namun yg mana satukah yg ada disekeliling kita... kawan @ sahabat? ...Fikir-fikirkan lah........

Chocolate Indulgence



"Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya". Dan aku pasti sangat akan ketentuan Illahi. Ini lah kek yg memberi seribu satu cerita tersirat, kerana perancangan Allah itu lebih baik dari rancangan manusia. Malas nak cerita, namun kek ini akhirnya menjadi milik seorang sahabat yang sangat berhemah. Ianya telah disedekahkan kepada 7 orang sahabat handai yang lain yang akhirnya semuanya mengakui keenakan dan kesedapan kek ini lalu membuat tempahan kek yang sama. Bukan decoration yang menjadi ukuran, kerana kalau kita lihat kek yang mahal dan sedap x perlu lagi di deco sebagai daya penarik.

Bukan senang nak buat kek ini, sebab ianya mesti kena masuk peti ais overnight then keesokan harinya baru boleh buat finishing. Kek ini juga bermain dgn UHT milk dan chocolate yang sangat banyak...

Yang pasti, pengajaran besar - selepas kek ini akak telah mengambil keputusan bahawa setiap tempahan mesti dibayar penuh terlebih dahulu. Kalau tidak akak kira ianya hanya gurauan semata-mata.

Pandan Layer Cake



Syukur alhamdulillah ramai yang minat dan minta pandan layer cake ni. Kadang kala sampai x terbuat permintaan dalam sehari dari kawan-kawan . Terima kasih pada Kak Zu, Kak Dah, Yat, Ain, azlina, Kak Nita dan ramai lagi. Harap puas hati dan tempah lagi untuk masa akan datang .....

Tuesday, August 3, 2010

Farah VS Nujaimi - You're My Best Fren

Diaorang ni memang best frend. Jalan sama, makan sama kadang2 pakai baju pun hampir2 sama. Kita tengok pun best la.. Farah VS Nujaimi punye citer. Si Farah konon nak wat surprise kat Nujaimi ttg ayat2 yg nak ditulis atas CMCC. Tup2 ntah mcm mana terpecah lak rahsia.. Akak terkekek2 ketawa sendiri bila Farah sent email bg tau dah terckp kat nujaimi. Akhirnya makan CMCC pun sama2..hehe.



Moga kalian terus berkekalan sebagai sahabat dunia akhirat ye...

Happy B'day Suhana

"SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN SUHANA"



Lagi kek yang ditempah oleh kak CT Mariam untuk suhana. Jelas mmg beruntung anak2 buah kCT. Patut le mereka syg sgt kat akak kan... Moga pertalian erat ini kita ini dikukuhkan lagi dgn tali yg disarankan Allah swt iaitu dgn jalinan iman dan taqwa. Insyallah bila persahabatan itu didasari oleh tali ini maka ianya sungguh manis dan bermakna..

CMCC Strawberry



Wah! menarik betul cmcc strawberry ni kan. Ia adalah pilihan anak kCT siti mariam yang membuat tempahan ke-2 dari akak. Anak gadis kesayangannya akan menyambut ulang tahun bersama kwn2nya di sekolah. Pastinya cmcc comel lote ni akan mengembirakan sahabat2 dan guru2... mesti mereka tersenyum girang dan mendoakan kejayaan anak kCT..TQVM KCT.

Dwi Brownies 4 Insan Teristimewa


Satu untuk suami tersayang...dan...


...dan satu lagi untuk pengasuh anak2 Sidah yang menyambut anniversary mereka yg ke- 21. Alahai baiknya si Sidah ni kan... Ya la kata beliau orang berbudi kita berbahasa. Betul 3x. Ini kali ke 3 @ 4 Sidah membeli kerja tangan akak. Terima kasih kerana terus percaya dan memberi sokongan pada akak.