PRODUK DAN SERVICE

Menyediakan Kek Birthday, Kek Perkahwinan, Cupcakes, Brownies, Muffins, Chocolates, Biskut Raya untuk semua majlis yang akan diraikan. Saya juga mengambil tempahan jamuan berbentuk catering seperti Nasi Baryani, Nasi Jagung, Nasi Ayam, Nasi Lemak, Mee Rebus, Mee Kari, Soto serta Kuih Muih...

Saturday, December 18, 2010

Pertemuan kita terlalu singkat



Adat hidup dunia kan.. kandang2 orang yg kita rasa serasi dan senang utk berbincang hal2 kehidupan dunia akhirat ni susah nak jumpa.. kalau jumpa pun sekejap je.. walau apa pun k.hjh nak ucap selamat maju jaya pada lyana yang tamat tempoh praktikal di SDE. Ada masa kita jumpa lagi walau pun lepas ni yana mungkin jauh di Utara..

Pandan Layer with love



Pandan layer cake berbentuk hati khas untuk sang suami tercinta... amacam biar muka serious tapi... dalam hati penuh taman hehe...khas dari yah untk abg mohdnya....

Thursday, December 9, 2010

Good Luck Nadia


Walau di mana bumi dipijak, di situ langit pasti dijunjung, lain perkataan, dimana kita berada, di situ Allah sentiasa bersama, justeru jangan lupa padaNya, pasti hidup diberkati dan selamat.. Itu pesan akak nadia...

Ni kek versi terjah yg sempat akak wat...

Selamat Bertunang Rina




Membuat orang lain percaya bukan kerja yang bukan senang. Itu yangku rasakan. Hakikat. Namun aku bukan jenis mudah mengalah sementelah Allah telah berjanji barang siapa yang berusaha pasti akan diberi pertolongan ditambah dengan usaha, berdoa dan bertawakal. Ins'allah pasti berjaya.. Aku juga bersyukur kerana sahabat2 sering mendoakan kesejahteraan dalam apa juga bidang yg ku ceburi. Zura antara sahabat yang hanya sekali bertemu namun telah membuat tempahan ulangan walau bukan untuk dirinya namun rakan2 sekerja dipejabat beliau sering memesan kek2 ku sebagai hantaran.. Aku sendiri tak kenal siapa mereka sebenarnya... Namun kepercayaanku satu, rezeki itu dariNya...Subhanallah...Syukran @ alhamdulillah..

Rich Chocolate Moist Cheese Cake



Alhamdulillah, inilah kek chocolate yang memang moist dan x berapa manis... Emm boleh makan banyak tau... Harga RM 70 if you need cheese, but only RM 60 without cheese, but to fill with ganache pudding. weight more less 1.5 - 1.8 kg... kira murah ni kalau nak compare dgn kedai2 kek... confirm puas ati bagi penggemar chocolate......

Kau Suamiku Tercinta



"Untukmu Sayang", aku tak pernah melupakan tarikh2 penting dalam hidup ini. Begitu agaknya yg ada dlm hati2 seorang isteri. Dari Sidah untuk suami yang sangat dihormati. Moga berbahagia hingga ke syurga hendaknya.. Ini tempahan yang ke 4 dari Sidah dari k.Hjh. Terima kasih atas sokongan dan kepercayaanmu sahabat..