PRODUK DAN SERVICE
Menyediakan Kek Birthday, Kek Perkahwinan, Cupcakes, Brownies, Muffins, Chocolates, Biskut Raya untuk semua majlis yang akan diraikan. Saya juga mengambil tempahan jamuan berbentuk catering seperti Nasi Baryani, Nasi Jagung, Nasi Ayam, Nasi Lemak, Mee Rebus, Mee Kari, Soto serta Kuih Muih...
Tuesday, January 25, 2011
Green Tea Loaf
Emmmmm roti ni memang healty version... sedap, lembut, berkhasiat. Selain green tea roti juga diadun dengan kismis serta pecan... sebab nak makan sendiri, maka dibubuhnya seberapa banyak yg kita nak...
Muffin
Muffin yak satu ni lain sikit, versi lembut, moist dan walau dah 2 hari masih lembut semacam jer... k.hjh dah test dah.. tapi tu lah... bahan2 dia tak sama dengan choc chip muffin sebelum2 ini... dah tentu harga jualan pun lain sikit ye.. 1 biji RM 1.50 jer, kos termasuk paper cup yang tinggi mcm gambo ni. Saper2 makan sekali pasti nak lagi....
Son's of Brother Zainal
"Awak ada masa ke nak buatkan sebiji kek utk anak saya, sebenarnya birthday dia dah lepas, saya ni pelupa orangnya" begitulah gelagat sahabat disebelahku ini... alahai... ni le jadinya kalau emergency order... apa2 pun beliau x puas makan sebab dah disedekah kat jiran tetangga oleh sang isteri yang budiman...hehe kesian.. tak pe.. tak per boleh order lagi ye.. untuk Aiman makcik ucapkan selamat maju jaya dalam semua lapangan... Jangan malas solat tawww...
Labels:
Blueberry Torte,
kek birthday
Monday, January 24, 2011
Healty Bread
Kami sekeluarga memang suka makan roti.. jadi lepas ni insyallah x susah lagi..
Menariknya semasa sessi kursus berjalan, Kak Zie tokey SPA di JB telah tawarkan k.hjh kiosk di satu tempat yg sangat strategik untuk membuka kedai roti & kek sebab katanya beliau tak cukup kaki tangan utk kendalikan kedai yang sediaada sekarang.. Subhanallah begitulah mudahnya rezeki yg Allah kurniakan kepada hamba2nya yang terpilih.. sampai tak tau macam mana nak handle. Aku hanya kata insyallah sebab takut tak dpt handle diri sendiri, anak dan rumahtangga. Rasanya cukuplah dgn apa yang ada buat masa ini agaknya...
Teringat daku akan kata2 "Kadangkala Allah nak uji manusia dengan harta kekayaan, kesihatan, masa, anak dan isteri/suami" Jadi apa yang perlu adalah supaya kita sentiasa menjaga hati supaya sentiasa tidak lalai.. kerna yang buta itu bukan mata tetapi hati di dalam dada..
Sijil Pengiktirafan Lagi
Pergh.... penat memang penat... .. badan pun dah x bermaya dibuatnya... tapi ambik gambo punya pasal, contol ayu gak la.. dah 16 jam kursus culinary yang aku masuk...akhirnya sehelai sijil dalam gengaman.... (syukur kepadaNya). Sekurang2nya lepas ni anak dan suamiku akan makan roti hasil tangan ibu dan isteri sendiri...insyallah.
Cuba tengok Chef ni, memang handsome,sabar dan pantang ada kamera pasti dia senyum. aku pun nampak gaya kena ikut jejak macho beliau, langsung x sombong walau dah menimbun buku2 baking dihasilkan. Beliau memang terkenal sebagai baking consultant untuk syarikat2 bakery terkemuka di Malaysia. TQVM chef...
Untuk anak bongsu K.Dah
Dah lama k.dah order dari k.hjh blueberry cheese kek ni.. tahun lepas pernah k.dah order kek yang sama..2x agaknya selain dari kek2 lain. "bukan tak nak ambil order kak, tapi fresh blueberry tu memang agak susah nak dapat. Maklum lah ni buah import.. puas saya cari kat jusco & tesco ... hampa jer"... akhirnya k.dah setuju kalau k.hjh guna pitted blueberry jer.. kebetulan akhir2 ni banyak order blueberry torte, akhirnya taraaaaaaa ni la hasilnya khas untuk anak bongsu beliau... dannnnnn k.hjh hantar terus depan pintu umah k.dah.. moga gembira ye...
Labels:
Blueberry Cheese Cake,
KEK,
kek birthday
Happy Birthday Suamiku Sayang
Kak Hjh ke ni? suara dihujung talian sayup2 terdengar... kenapa yati? Akak saya minta maap banyak2 kerana x dpt ambik tempahan kek hari ni.. saya ke KL mlm tadi... adik sakit... akak masukkan dlm peti ais kat opis jer.. nanti bila balik saya ambil... subhanallah.... aku terkedu seketika, bukan apa hanya memikirkan begitu perancanganNya yang x terjangkau oleh pemikiran manusia.. apa pun yang terjadi walau sesaat ke hadapan kita x mungkin akan tau... apa2 pun tqvm ku ucapkan pada maryati yang sudi order dari ku...moga dikuatkan jodoh bersama suami tercinta.
Labels:
Blueberry Torte,
kek birthday
Saturday, January 15, 2011
Bluberry Torte
Tempahan suhana yang ntah ke berapa kalinya.... kali ini untuk si suami tersayang.. ana suka sangat dengan rasa bluberry ni.. sebab tak muak dan sedap bangat bila dimakan masa sejuk... walau pun dah resign dari SDE, ana tetap menjadi pelanggan tetapku... dan ana juga telah berbesar hati untuk terus memasarkan hasil produkku melalui web dan fb beliau.... ALHAMDULILLAH dan ALLAH jua yang memberi rezeki kpd hambanya yang berusaha dan bertakwa insyallah...
Labels:
Blackforest,
KEK,
kek birthday
Hantaran Pertunangan Dari Mala Untuk Ajai
15.01.11 memberi sejuta makna dalam hidup mala. Orang dicintai hampir kini menjadi miliknya. Dan... ini kek fondant hadiah mala untuk ajai.. Nanti nikah jangan lupa tempah lagi dari akak eh... TKDK..(Terima kasih daun keladi)..
Labels:
HANTARAN,
KEK PERKAHWINAN
Talam Serikaya Cendol
Talam Marmar
Sesiapa nak boleh call akak.. Talam ni sedap dimakan. Semua kuih talam kalau nak sedap kenalah guna santan original, jgn guna santan kotak, pas tu letak telur dan tepung2 yg berkualiti... ah.. mcm tu lah kuih tradisional sejati... kalau nak sejati lagi... gi panjat pokok kelapa sendiri, pas tu tanam pokok pandan belakang umah kan..kan..
Talam Diplomat
Ntah diplomat negara mana yak suka makan kuih talam ni ntah... tetiba jer kuih talam ni digelar talam diplomat.... tak pe.. tak pe.. talam ni rasanya lemak manis dan lapisan bawah sekali adalah daripada chocolate sponge cake... kuih tradisional ni tak lah susah nak buatnya, kita hanya perlukan kesabaran jer...
Talam Sagu Pelangi
Monday, January 10, 2011
Happy B'day Isteriku
Emm inilah pertama kali dpt tempahan dari seorg suami utk isteri.. Sukar dicari namun telahku temui.. K.Hjh terharu sgt bila loceng dipicit muncul seorg wanita bertudung, sangat sopan. Beliau adalah seorg mu'alaf. Bijak si suami menghargai isteri. Bukan sebiji kek sebagai ukuran, tetapi bagaimana suami mendidik isteri sehingga menjadi begitu rupa.. Tahniah... Fadzadi..
Fondant Batik lukis tangan
WOW.. Kau memang debomm... emm bukan mudah tau nak bikin ini produk... Makan 4 jam baru nampak hasil.. itu x termasuk buat kek sampai masak... patut lah ada harga.. bak kata org.."ADA RUPA ADA HARGA". Sesiapa nak tempah boleh berbuat demikian from now onward.. lihat contoh2 kek fondant yang ada... Harga ? Seperti dalam list.. .. Apa2 hal call for further discuss...
Selain bunga2an, k.hjh pun ambik untuk corak2 batik dll yg dilukis tangan seperti ini...Selain itu, kek2 kawin, tunang dll steam buttercream juga sedia untuk diambil tempahan.
Labels:
kek birthday,
KEK PERKAHWINAN
Lagi kek tempahan sub-contracting dept
Hanya terima kasih dptku ucapkan dari semua staff jabatan sub-contracting. Dari En.Zilib, Yat, Sabariah, K.Dah, Lena, Rosidah, Kamaran, Ina, Lyana dan semuanya. Mereka adalah pelanggan tetapku.. Akanku teruskan percubaan buat yang terbaik untukmu sahabat.. Kalian sesungguhnya memberiku sumber kekuatan dalam yang sukar diungkap..
Kau Ratu Hati Kami Ibu..
Strawberry Cake for Balqis
Kawan tepi mejaku punya... Balqis secantik nama anak comel tunggal zainal. Happy 8th b'day aunty ucapkan.. rajin2 belajar taw..
Labels:
kek birthday,
Strawberry Kek
Subscribe to:
Posts (Atom)