PRODUK DAN SERVICE

Menyediakan Kek Birthday, Kek Perkahwinan, Cupcakes, Brownies, Muffins, Chocolates, Biskut Raya untuk semua majlis yang akan diraikan. Saya juga mengambil tempahan jamuan berbentuk catering seperti Nasi Baryani, Nasi Jagung, Nasi Ayam, Nasi Lemak, Mee Rebus, Mee Kari, Soto serta Kuih Muih...

Saturday, February 12, 2011

Mummy BB Was 9 Years



Unik kan nama ni... biasa lah k.hjh terpaksa menjawab soalan2 dari sofea.. kenapa, macamana, dari siapa, siapa punya, betul ke nama dia macam tu dll.. macam bertih goreng.. sampai susah nak wat keje.. x boleh fokus... Tapi ni lah chocolat moist anak Tilaga.. mesti budak ni comel mcm mak dia.. anak kesayangan lah katakan..sampai ambik cuti si Tilaga nak wat party... TQVM...

The Killer Tiramitsu



Bukan nak puji diri sendiri, tapi hakikat... Tiramisu ni really kill the taste.. Lembut, lemak. Kombinasi rasa lapisan cheese + coffee mix + choc cake + UHT Milk ++ memang mengkagumkan... Berat kek ni lebih kurang 1.5++ dan berharga RM 75 sahaja. Sekali hadap je boley abis dibuatnya oleh hero/heroin akak yg bertiga tu...

Student tetap yang kuat komplen




Mereka lah ratu hati kak hjh merangkap tukang rasa, tukang komplen, tukang ketawakan tukang basuh pinggan manggkuk, tukang kacau, tukang perabih dan akhir sekali tukang jual kat sekolah & kolej.... dan inilah contoh cmcc yang dijual oleh sofea kat sekolah... last2 akak stop sbb nampak gaya sofea lebih syok meniaga dari belajo... ewah.. ewah... banyak cantik...... si abang lak tak abis2 nak mengemas sampai equipmentku yang lum siap pun nak dicucinya... along? apa lagi tukang tengok dan ketawakan.. (tayang gigi macam iklan colgate)...

Wednesday, February 2, 2011

Kek Untuk Ahli Keluarga



Order dari Yan buat ahli keluarga yang sambut hari kelahiran... Moga semuanya gembira tawww....

Hadiah Istimewa Untukmu


Ya Allah wahai Tuhanku
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang sentiasa dihati
Amin, a Rabbal Alamin....

Untuk mu suamiku tercinta...

Alahai Anak & Ayah


k.hjh mmg tak puas ati dengan produk ni.. migrinku datang lagi... mcm nak je tel raha nak cancel tempahannya... tapi tak sampai ati... kesian pun ada... apa2 maaf je bebanyak ye.. buatannya tak berapa halus... jgn serik ye puan raha..

Yoyoi punye pasal



sama tapi tak serupa.... panjang ceritanya... takpe k.hjh x nak share... sedey tau... tapi yoyoi punye pasal... ku teruskan juga perjuangan... yoyoi... yoyoi... beruntunglah kerana ada rakan taulan nak raikan besday you... mesti awak ni special kan orangnya.....

Chocolate Muffin Muffin



Alamak hampir lupa k.hjh.. maklum jer simpang siur fikiran memikirkan air dah naik kat rumah kampung... dah tiga hari berturut hujan lebat. last2 abg aji balik sendirian melihat dan mengurus segalanya... kesian dia.... dah tak balik apa lagi terus je projek tempahan yati ku uruskan... tara..... ni lah dia rupa muffin tu... harap hati tak serik nak order lagi ngan k.hjh ye...

Oh ye... muffin yg sama juga ditempah oleh bosku Mdm. Zailan.. TQVM..

3 dalam 1



Tempahan dari jiran apartment. Wan sambut untuk ke tiga-tiga orang puteri putra beliau. Besau kek ni kan... waduh... pening gak nak masuk kotak... puas k.hjh cari kanan kiri rupa2nya tertinggal lak kat kedai... last2 ku tatang je ke rumah wan. Pagi lagi dah siap ku deliver... Respondnya... sedap dan x cukup. Next time wan nak tempah lagi... emmmm alhamdulillah... dan syukran.

Hantaran Perkahwinan



tempahan dari kenalan bloger follower..Mudah dan ringkas jer tempahan dari rin from Masai...

Tuesday, February 1, 2011

Muafakat Blueberry Muffin


Bukan mudah untuk mencari kata muafakat. Tetapi itulah hakikatnya bila sesuatu kaum bersatu. Tiada masalaah. Kawan2ku dari jabatan yg tidak asing dalam naluri ini telah sepakat untuk makan muffin ini... Harap puas ati eh...

Blueberry Torte Cake


Tempahan ke - 8 dari sahabat yang ku sayangi. Sabariah & Nuzi tidak asing lagi dalam keluarga kami. Moga kalian dikurniakan anak2 yg soleh yg menyejukkan mata dan hati serta dapat membahagiakan di hari tua nanti sebagaimana doa yg selalu ku panjatkan untuk anak2 ku sendiri serta sahabat serta saudara mara yg lainnya. Moga silaturrahim ini berkekalan hingga ke JannahNya... Insyallah