PRODUK DAN SERVICE

Menyediakan Kek Birthday, Kek Perkahwinan, Cupcakes, Brownies, Muffins, Chocolates, Biskut Raya untuk semua majlis yang akan diraikan. Saya juga mengambil tempahan jamuan berbentuk catering seperti Nasi Baryani, Nasi Jagung, Nasi Ayam, Nasi Lemak, Mee Rebus, Mee Kari, Soto serta Kuih Muih...

Sunday, April 24, 2011

Kek Comel


Tempahan kawan haiqal... tqvm

Gubahan Sayuran




K.Hjh ingin menjadi wanita serba boleh... Insyallah banyak lagi yang perlu dipelajari untuk matlamat ini..Hidup ini terlalu singkat untuku mencari ilmu yang masih terlalu banyak..

Kemana Tumpahnya Kuah






Along confirm dah "menurun" hobi ibunya. Ini hasil coklat handmadenya. Nanti nak jual kat kolej katanya. Ibu harap along pandai dan menjadi muslimat yang sempurna bukan je untuk mencari dunia tetapi akhirat tidak sesekali dilupakan.. Anak-anakku Insyallah boleh..

Saturday, April 23, 2011

Gubahan Bakul Hantaran





Ni bukan gubahan rindu puisi syahdu.. tapi gubahan cinta pengikat rasa... amacam k.hjh ni romantik gak tau... buah siap digubah setelah siap diukir (bagi buah yg sesuai jer tau) tak leh lah buah anggur nak diukir-ukir.. demam mak ... saper2 berhajat sila call k.jah...

Ukiran Buah-buahan




Syukur, dpt k.hjh menghabiskan kursus ini. Mula-mula pelik, tapi bila dah mahir tarrra..... ini lah hasilnya... mengkagumkan.... menurut chef yg mengajar ni kan harga setiap ukiran buah-buahan ni lebih kurang RM50-RM80 sebiji honeydew & tembikai bergantung kepada kehalusan ukiran... amacam ada berani?... k.hjh boleh runding punya .. ni letak atas main table pengantin @ lain2 main table majlis rasmi..

Yummy Mini Sweet Homade Choc



Hmmm nampaknya hari2 k.hjh buat choc. Ramai anak2 sekolah yg order..... comel, yummy, pelbagai rasa fillingnya dan yg penting suci, halal, bersih dan muuuurahhh sangat.. Berniaga sambil berbakti insyallah...

Friday, April 15, 2011

Bluberry Torte Masih Menjadi Kegilaan




Terima kasih buat semua sahabat2 k.hjh yg terus sudi menempah kek akak. Yah satu2Nya penempah terbanyak waktu ini. Belum ada saingannya lagi... itu pun katanya Yah nak makan cheese cake yg plain jer sebelum bersalin. Kek yg sama juga ditempah oleh Liza untuk bosnya yg akan resign. Selain itu kek ini juga menjadi pilihan jiran sebelah umah yang melangsungkan majlis sambut kepulangan anak cucu... apa2 pun terima kasih semuanya.

Healty Bread Anak-Anak Daraku


Hehe jadik gak budak ni buat... ni la hasilnya... kadang2 budak2 ni bukan apa malas jer yg lebih.. hari tu k.hjh nekad pesan, letak resepi dan tinggal ke masjid ada kuliah... balik jam 9.30 mlm.. masuk pintu dah bau satu rumah (maklum rumah kecik) jeng.. jeng... along dan baby dgn bangganya menunjukkan ibunya hasil kerja diaorg... emmm lepas ni nmpk gaya tak susah klu nak makan roti... Dalam roti ni ada badam, kismis dan oat....

Lagi Kek Untuk Buah Tangan Balik Pahang


Macam biasa hanya sms sebagai komunikasi. Rasanya ni kali ke-3 tampahan dari fazadi. Tapi yg ni dia bawak balik pahang untuk memotongnya... TQVM fazadi..K.hjh will appreciate you thought dan sincere.

Chocolate Moist (Special For Friend)


Kali ni k.hjh buat choc moist yang sungguh berbeza rasanya... nape... tak caya... tanya orang sebelah meja opis. Sampai tak tau mcm mana nak explain katanya... akak ingat dia nak bawa balik sarawak, rupanya tak cukup tangan nak "hand carriage". last2 kerepek pisang tanduk yg dibawanya... emmmm nampak gaya lepas ni kena export ke sana le gamaknya kerepek tu ye.. TQVM Nino and As... "akak bulan depan lepas gaji buatkan cheese cake saya tau, jangan lupa". Ye la nino... takut lak akak kalau nino cakap "susah2 kita bakar jer"