PRODUK DAN SERVICE

Menyediakan Kek Birthday, Kek Perkahwinan, Cupcakes, Brownies, Muffins, Chocolates, Biskut Raya untuk semua majlis yang akan diraikan. Saya juga mengambil tempahan jamuan berbentuk catering seperti Nasi Baryani, Nasi Jagung, Nasi Ayam, Nasi Lemak, Mee Rebus, Mee Kari, Soto serta Kuih Muih...

Wednesday, May 18, 2011

Selamat Hari Ibu



Alhamdulillah ku panjatkan kepadaNya. Tiap2 malam ada je tempahan2 dari rakan taulan mahu pun daripada kenalan alam siber. Moga aku tidak disempitkan waktu untuk terus merenung kejadian malam dan siang. Insyallah.

Warna warni coklatku



Tempahan dari cikgu sahirah, sek men taman pasir putih. TQVM cikgu.. jangan malu utk tempahan selanjutnya ye..

Tempahan Ulangan Yang Ke-11 - Tiramisu



Terima kasih Yah.. Ini kek ditempah khas untuk disedekahkan/dihadiahkan kpd sahabat-sahabat di sub-contracting department. Diharapkan mereka gembira dan success dalam pekerjaan masing-masing. Utk Yah moga mudah bersalin dan semua urusan penjagaan dalam pantang.

Selamat Hari Guru




Tiada yang lebih berjasa selain daripada guru. Bukan setakat guru di sekolah malah guru lesen L, guru mengajar masak memasak, guru taska dan yg lebih penting ibu bapa kita yg mengajar bercakap dan mengucap... TQ cikgu..

Muffin Lagi


Terima kasih kepada semua yg memberi sokongan.

Friday, May 6, 2011

Untuk jualan budget budak sekolah



Emmm tengok tajuk jer dah tau, ni mesti untuk dijadikan santapan budak2 sekolah.. Harga tu biasa la ... utk budak2 sekolah... tp jangan x tau budak2 sekarang ni kata anak k.hjh ada yg bawak RM 5 dan ada RM10. Apa2 pun k.hjh x sampai ati nak buat profit maklum anak sendiri pun selalunya x bawak duit pun (sebab everyday ada sarapan utk jadi bekal ke sekolah) hehe.. Gambo atas tu blueberry muffin untuk majlis potong jambul cucu sedara di kg.. Huwaaa.. dah jadi nenek ..

Damia Anakku Sayang



Walau jauh di UK, ayah tak pernah melupaimu sayang. Damia kau permata hati mama dan papa. Moga besar menjadi anak yang soleh insyallah. Si ayah buat tempahan blueberry cheese cake dan si ibu buat tempahan tambahan brownies. Terima kasih buat kalian berdua.

Tempahan Coklat Dari Senai



Tempahan bidan terjun...k.hjh x kisah (kalau ada stok dlm dapur tu apa salahnya kan) Ini dari noorma (senai) untuk majlis hari lahir anak pempoan beliau. TQVM. Harap suke dan sudi untuk membuat tempahan selanjutnya.. walau pun kita tidak bersua muka namun insyallah satu hari yg indah nnti pasti kita ketemu juga..

Monday, May 2, 2011

Kelas Penghasilan Homemade Coklat



Gembira betul Pn. Aziah setelah melihat satu demi satu produk homemade coklatnya. Emm ....katanya lepas ni beliau nak belajar lain pulak... sebelum ni beliau ada gak dtg kelas2 cake baking yg lain, tetapi hampa. Dgn semangatnya Pn. Aziah nak buat business coklat lepas ni... Teruskan... teruskan.. anda pasti boleh... Insyallah lepas ni boleh order terus dari Pn. Aziah yg tinggal di Ayer Hitam Kluang yer..lagi pun akak percaya dgn sokongan suami (dah siap segala tool & equipment dibeli oleh si suami) walau pun kek lum berapa nak menjadi hehe...rilex2 pas ni belajar lg ngan akak lak eh... (hands on - siap pegangkan tangan lagi)

Original Cheese Cake



Ni kali ke-10 tempahan ulangan daripada Sabariah. Pecah record setakat ini. Katanya sebelum bersalin ni dia teringin nak makan cheese cake. Taraaaa ni la rupanya kek itu. Sangat moist dan terasa cheesenya. Cuba komen sikit kat bawah ni yah.. Kek yg sama juga ditempah oleh kak Dah, Kak Siti Mariam dan Nino.. Syukran Jazilan sahabat semua atas sokongan.

Kek ni 1kg ++ = RM 40 jer... emmmm apa lagi mari-mari order...order.. murah, sedap, jimat dan yg penting halal dan suci insyallah..

Muffn for Goodies Beg



Chocolate Chips muffin yg sangat rich. Suitable to put in in goodies beg.