PRODUK DAN SERVICE

Menyediakan Kek Birthday, Kek Perkahwinan, Cupcakes, Brownies, Muffins, Chocolates, Biskut Raya untuk semua majlis yang akan diraikan. Saya juga mengambil tempahan jamuan berbentuk catering seperti Nasi Baryani, Nasi Jagung, Nasi Ayam, Nasi Lemak, Mee Rebus, Mee Kari, Soto serta Kuih Muih...

Monday, June 27, 2011

Kau suami yang paling kucintai


Cup cakes yg simple deconya. Ini permintaan dari yg meminta utk suami yg paling disayangi. Moga harapan dan doa kalian termakbul hendaknya. Terima kasih ye Tina..

Utk buah ati



kau kekasih awal dan akhir.... eish pandai2 je k.hjh ni... apa2 pun akak doakan kwn kita ni berbahagia disamping si dia... bagaimana pun letakkan keutamaan kecintaan kita kepadaNya tau....

kek lukis tangan


amacam ada talent gak akak awak ni kan... hehe.. abih nak wt camana... kamaran kata anak dia mesti suke klu tengok kereta atas kek... hepi besday hanafi. belajo rajin2 jgn nakal tau... esok peksa leh dpt no. 1 lagi ye...

Selamat Balik Kg Aunty


Kami tahu kepulangan aunty aishah ke kg untuk menyiapkan thesisnya disulami gembira & duka. Suka sbb jumpa mak bapak & sedara mara tapi duka sbb anak2 dan suami tinggal kat UK. Mcm mana pun tu utk sementara jer. Utk menceriakan keadaan taraaaa ni dia kek utk anda..... dannnnnn ramai yg dpt rasa kek ni.....

"Orang Berbudi Kita Berbahasa"



Dari Nujaimi kepada pengasuh anak2 beliau.

Hepi Besday Anakku



Tempahan ulangan ntah yg ke berapa dari En. Fadzadi dari k.hjh. Terima kasih banyak2 ye fadzadi dan keluarga. Moga anda dikurniakan rezeki yang lebih luas dan anak2 serta isteri yang sejuk mata bila memandang. Insyallah..

Wednesday, June 1, 2011

Hari Pekerja Terakhir di SDE





Lagu "Salam Terakhir" dari Arwah Sudirman sudah cukup memberi impak menyayat dihati semua. Ditambah ucapan En. Azmi yg syahdu. Ntahlah tetiba hati menjadi hiba. Tapi apa pun terjadi hidup mesti diteruskan. SDE akan berubah x lama lagi.. Jadi sebelum itu kami bersukaneka sempena hari pekerja. Emmm nak kepoh lagi... Rumah kuning punya maskot lebah dan bunga matahari adalah purely dari K.hjh.. ok kan... menarik dan ceria..dan akhirnya rumah kami menjadi juara lagi untuk kali ke-2 berturut2.. untuk kawan2ku semua moga kita bertemu lagi dilain tempat dan suasana.. saat gembira bersama kalian x akan ku lupakan...

Pertandingan Gubahan Coklat






Ini adalah antara gambar2 gubahan daripada peserta SDE sempena hari pekerja. Nak kepoh sebab bagi tau pasal group k.hjh dpt no. 1 taw.. Jgn salah sangka no. 4 to adalah no peserta jer....Emmm bangga.. bangga walaupun mulanya kami tak cukup coklat tapi dek kerana semangat kesukanan yg tinggi dan hati mulia sahabat sebelah mereka telah sedekahkah coklat lebihan mereka. Sebab no. 1 tu rasanya coklat kami lah yg paling banyak & nama gubahan yg sesuai - "PERMAISURI LEBAH" Tengoklah bapak lebah dah melekat kat tiang tu.. haha..

Kek Untuk Mama Raha



Emm.. nak makan kek ke buah ni... sebenarnya banyak lagi buah yg dah siap tapi x tau nak bubuh mana.. x kan nak langgar tulisan lak.. ada x de ni le hasilnya. Mudah2an ibu Raha akan suka makan kek hadian anakanda ni ye..

Kecik-kecik dah jadi peminat MU




Ni dia kek padang bola MU yg ditempah oleh cikgu Sanisah yg mengajar di Sek Kopok utk menyambut ulang tahun si kecik Azad Syahmi. Jauh cikgu ni datang utk menempah kek dari k.hjh. TQVM cikgu. Sabar2 dgn karenah anak dan murid ye..

Akhirnya Leen Tinggalkan SDE



Leen telah jumpa tempat kerja baru di client office - Exxonmobil KL. Emm kadang kala ada baiknya kita tinggalkan benda yg kita sayang daripada kita yg ditinggalkan...selamat maju jaya Len. Sebagai tanda t/kasih Len telah hadiahkan kek2 ini utk kawan2 yg ditinggalkan.