PRODUK DAN SERVICE

Menyediakan Kek Birthday, Kek Perkahwinan, Cupcakes, Brownies, Muffins, Chocolates, Biskut Raya untuk semua majlis yang akan diraikan. Saya juga mengambil tempahan jamuan berbentuk catering seperti Nasi Baryani, Nasi Jagung, Nasi Ayam, Nasi Lemak, Mee Rebus, Mee Kari, Soto serta Kuih Muih...

Friday, December 14, 2012

Order dari Jiran Baru


Akan ku hargai persahabatan ini.  Moga suami puan gembira dan sempena sambutan hari lahirnya ini, didoakan moga berbahagia hingga ke syurga.

Pulut Tai Tai Puding During



Amboi, sedap betul rasa pulut ni, lemak manis berkrim dgn rasa durian puding sbg inti apatah lagi bila diadun dgn rasa pulut di luar tu.  Tapi pada sesiapa yg x suka durian, boleh gak kita gantikan dgn puding lain2, contohnya jagung atau pandan.  Comel dan sesuai utk semua occassion.  Satu biji RM 1.00 sbb nak hasilkan kuih sesedap dan secomel ni mmg menggunakan extra effort. Tapi x rugi bila dah memperolehinya..

Keluarkan Potensi Dirimu


Cheea wah, bukan main lagi.. cuba teka mana satu gubahan k.hjh.  Ini masa ikuti pertandingan KEMAS peringkat Yong Peng. Tajuknya GUBAHAN BUNGA KAMPUNG



Thursday, June 21, 2012

CMCC SESUAI FOR ALL



Rainbow cake




Meriah kek k.hjh kali ini kan... rasanya kurang manis dan amat sesuai untuk mereka yg menjaga kesihataan.. sbb diperbuat dari putih telur semata2...jom cuba..

Friday, May 25, 2012

Kek Untuk Family


Semalam mkn dgn member2 opis, sekarang nak bawak balik lak makan ngan family lak la.. agaknya mcm tu la agaknya...order dari Pn. Noraini - MMHE... Moga gembira selalu hendaknya.. ameen...

Surprise Birthday Celebration


Untuk siapa lagi, kalau bukan untuk BOSS HR TRANING AND DEVELOPMENT MMHE.. k.jah pakai kata ya je bila Salwa order.. tp dh cakap dah x janji buat cantik2 sbb k.jah ni bukan pro..apa2 pun harap bos suka ye.. Syukur lah sbb ada anak2 buah yg perihatin.. Moga dipermudahkan segala urusan kerja dan seterusnya mendapat keberkatan dariNya insyallah..

Tiramisu Besar vs Tiramisu Kecik


Mana lebih bagus untuk di order?  Jawapannya..pilih sendiri hehe... emm sedapnya.. texture yg lemak, lembut dan sesuai utk mereka yg sukakan rasa coffee.

Untukmu Ibu


Tiada yang lebih berharga daripada kasih ibu.. Tanpanya siapalah kita..Rasulullah pernah bersabda siapakah yg lebih dahulu yg patut kita patuhi, 3x berturut2 baginda mengatakan"ibu,ibu,ibu".  Bagaimana layanan kita terhadap ibu?  Terima kasih Lena atas tempahan ulangan yg ntah ke berapa kali dr k.hjh..Moga Allah memberikan kesejahteraan pd Lena..

Monday, May 7, 2012

Contoh Kek Kahwin




Buah Tangan cum Hantaran


MOGA JADI PERINTIS KEPADA SAHABAT HANDAI YG BARU DIKENALI DI SANA

Boboiboy Punye Penangan

untuk anak2 yg sgt mengemari kartun boboiboy.. ada cerita disebalik kek besday ini.. alahai...k.jah..k.jah..

Untukmu wahai suami tersayang

Mari raikan cinta kita.. walau mungkin tidak terungkap, namun segala2nya untukmu suamiku...hehe jgn marah ye lena...akak sampaikan dari lubuk hati mungkin dr pengalaman ...

Monday, April 30, 2012

Fruits Cake


wah.. ni betul2 menggambarkan kek buah... tengok tu tentu ramai x sabar2 nak ngap..

Kek hantaran


Chocolate moist cake siap dengan fondant decoration untuk hantaran ke pihak lelaki. Kek ini k.hjh akan masukkan dalam transparent container yang siap dihias.  emm tak payah susah-susah tinggal letak je atas dulang dan hantar kepada si dia.. tapi lupa lak nak ambik gambo versi yg siap sbb nak cepat deliver ke umah pengantin di Johor... pergh. agak penat gak sebab pengantin ni juga menempah kek makan damai serta cmcc untuk goodies bag..

Mini Choc Moist Kek

Ni versi kecik..untuk anitah suliman... harap puas ati ye..

Pandan Layer Cake

Meriah betul colur kek ni.. macam biasa insyallah kek ini lemak dengan rasa santan kelapa asli dan perahan pandan depan apartmentku.  Ditambah dengan salutan fresh cream yang ala-ala ice-cream.. wow marvelours...

Orange Poppy Sheed Muffin



Gebu dan sedap gabungan rasa orange dan poppy sheed memang best..

Wednesday, March 14, 2012

Apple crumble cheese cake for En. Fazadi



Syukur kepadaNya kerana memberi sehari lagi peluang menghirup udara, melihat bulan bintang dan keindahan alam ini.  Sesungguhnya kejadian siang dan malam itu ada tanda2 kekuasanNya (bg mereka yg berfikir).  Selamat menyambut hari lahir fazadi.  Kali ini apple crumble cheese cake menjadi pilihan beliau utk dijamu pada keluarga.  Kek ini perlukan 3 adunan berbeza..emmm baru le menjadi mcm ni.. ada kelainan.. nak tau.. jom cuba..

Sunday, March 11, 2012

KEK PERKAHWINAN FATIN

Selamat Pengantin baru Fatin dan suami... moga berbahagia hingga ke syurga. Jadi isteri solehah perlukan banyak pengorbanan. Belajar dari membaca, hadir kelas2 agama, dari orang lebih terdahulu dan lain-lain. Bagi mereka yang inginkan kek perkahwinan dengan tema yang berbeza x de masalah... just helo-helo h.hjh ye...

Wednesday, March 7, 2012

Birthday Hubby Tapi Untuk Anak



Aaahhh kagum akak.. ye la bukan senang nk jadik mak ni tau.. nak jaga hati semua org.. tapi Zailan ni memang bijak.. 2 in 1. Believed that you n your family enjoy this cake. These cake is really double moist chocolate. Memang berbaloi tau.. jom ramai2 order and enjoy together..

Untuk Anak-Anakku


Lena, nama yg sangat melekat di hati k.hjh. Tegas, tangkas namun penuh kasih sayang di dada. Eiii, banyak pulak anak2 beliau tanya pasal kek ni.. al-maklum si ibu tetiba bawak balik sebijik kek besar.. tak de lak yg sambut birthday. last sekali Lena kata k.hjh bagi... aik tak pe la asalkn ko bahagia dah le lena.. anyway k.hjh percaya lena n family enjoy the delicious cake..

Ini Idea Cik Puan Raha



Dah ramai gak sahabat handai minta mini2 keks tp k.hjh ni bimbang sikit.. al-maklum x pernah jual versi mcm ni.. tp kali ni saje2 je nk try.. emmm lumayan gak la idea cik puan kita ni... lepas tu yg best beliau bg tips lagi mcm mana nak perform lebih baik.. insyallah bak kata org. yg baik kita ambik. Tunggu... lepas ni lebih macam2 kek akak produce..

Wednesday, February 15, 2012

Walau Hitam Tapi Memikat


Eh betul ke?.. apa taknya, coklat k.hjh ni makan banyak pun x kisah sbb tak manis, penuh dengan bijirin, crunchy... banyak dah terjual tau.. lagi pun murah je. Apa? nape x percaya ke...

Puding Penyejuk Tekak


Emmm sedap, sedap, lemak dan manis yang sekata.. sedap dimakan sejuk-sejuk.. Kena pulak baru balik keje.. Pergh...

Terbaeikkkk Untuk Yah


U memang keelllass Yah... walau dh lama birthday berlalu, tapi tetap gak ingin potong kek... tekak tak puas katanya.... emmm yam nak dpt adik lagi ke Yah, cecuba jawab... apa pun tqvm ye Yah...

Tuesday, January 10, 2012

Blueberry Cheese Kek



Yum...yum....yummy.. emmm memang best, soft, lemak dan dan...dah licin dah... semua ahli keluarga termasuk menantu baru k.dah memang menyukai cheese cake... tak tunggu lama semua dah abis !!!. k.hjh x jual mahal pun... kek ni beratnya hampir 2kg tau..

"Ayah", Kami Menyayangimu


Tanpamu kami pasti sepi. Apalah kiranya kau terima pemberian yg x seberapa ini sebagai ingatan hari lahirmu, walau telah lama berlalu.. maklum banyak yg perlu diuruskan...jgn marah ye en. hubby... apa2 pun please enjoy this cake... hope you'll happy dan success in live fidunia wal akhirah...

Fresh Fruits Cake



Kali ni En. Fadzadi tempah kek buah fresh utk isteri tercinta. Ni pun ntah kali ke berapa agaknya beliau buat tempahan. Hampir tiap2 bulan mereka makan kek k.hjh. Terima kasih atas sokongan kalian..