PRODUK DAN SERVICE

Menyediakan Kek Birthday, Kek Perkahwinan, Cupcakes, Brownies, Muffins, Chocolates, Biskut Raya untuk semua majlis yang akan diraikan. Saya juga mengambil tempahan jamuan berbentuk catering seperti Nasi Baryani, Nasi Jagung, Nasi Ayam, Nasi Lemak, Mee Rebus, Mee Kari, Soto serta Kuih Muih...

Tuesday, January 29, 2013

Happy Birthday Sabariah Ismail


Suka sangat sbb dpt jumpa Yah! terubat rindu setelah 3 bln kita x berjumpa.  Sempena ulangtahun Yah ni k.hjh doakan moga Yah sejahtera dlm segala bidang dan maqbal doa utk ke Mekah tahun ini. Insyallah.  Moga kita dpt sama nak kapal terbang dan beribadah di sana nanti ye Yah... Amin ya rabal alamin..

Juadah Pagi Untuk Sahabat

Kek ini untuk disedekahkan kepada rakan2 kerja MMHE.  Sabariah Ismail nama yang tidak pernah lekang dalam kes tempahan kek k.hjh.  Beliau mmg customer tetap.

Carrot Cake


Hepi birthday along! Anak k.hjh dah 22 tahun umurnya... Itu sebenarnya membayangkan umur ibunya juga tinggal sedikit sahaja berbaki.. Banyak yang harusku selesaikan ...kek ni moist sgt, tak muak langsung sebab penuh dengan bijih di dalamnya seperti nenas, carrot, kelapa kering, walnut dan diselaputi dgn cream cheese.. Emm puas hati.. Mcm gambar di atas k.hjh jual RM 25 je..

Roti Yang Excellent Sedap



"Banyaknya roti!!  Ibu beli kat mana roti2 ni" begitu ayat anak2ku.. Ibu buat la sayang.. Emmm sedap, lembut dan puas hati dpt makan banyak2.  Insyallah roti2ku belum ada yang mengecewakan...hehe

Choc Muffin


subhanallah, alhamdulillah, allahuakbar.  Lembut, gebu penuh dgn choc chip di dalamnya.. Anda bagaimana? Nak ke.. call me up!

Wednesday, January 2, 2013

CMC 4 Cikgu Sanisah

TQVM Cikgu sbb sentiasa menyokong usaha k.hjh.  Moga berpuas hati yer..

Tuesday, January 1, 2013

Rainbow Kek


Order dari kenalan blogger dari Putrajaya untuk dihadiahkan kepada adik ipar beliau.  Sesuai dengan tema warna warni, maka kek rainbow ini sangat menepati inspirasi beliau.  TQVM.  Harap sudi order lagi dimasa hadapan.

Pandan Snow Cheese Cake



Emmm ..Yummy..yummy.. lemak, berkrim penuh dengan rasa cheese.  Mana ke taknya layer cheese, lepas tu tabur lak dengan parutan cheddar cheese atas kek ini...x berapa manis.  Kek ini gebu dan sesuai dengan kombinasi cheese. RM 8/pak.  Sesiapa nk order versi original mcm contoh di atas atau strawberi atau coklat cake pun boleh.  Dan jika anda suka bulat atau 4 segi (1kg ++) pun boleh k.hjh buat.. Harga boleh runding..