PRODUK DAN SERVICE

Menyediakan Kek Birthday, Kek Perkahwinan, Cupcakes, Brownies, Muffins, Chocolates, Biskut Raya untuk semua majlis yang akan diraikan. Saya juga mengambil tempahan jamuan berbentuk catering seperti Nasi Baryani, Nasi Jagung, Nasi Ayam, Nasi Lemak, Mee Rebus, Mee Kari, Soto serta Kuih Muih...

Monday, April 8, 2013

Unik Penama Kek Ini


Kali pertama kak hjh terima nama seunik ini.  Mesti cikgu salena lebih mengenali beliau dengan lebih rapat hingga sanggup menghadiahkan kek carrot ini sempena sambutan b'day walau pun tarikh lum sampai.  Tapi yg lebih istimewa ialah si pemberi kek ini kan.. baik sungguh hati cikgu.  Moga dikurniakan rezeki melimpah ruah dariNya.  In future boleh ikut pakej k.hjh pegi haji lak ye...

Snow Cheese Cake


Subhanallah, full of cheese.  Harum bau kek ni dah memikat, very soft and creamy.  Siapa punye ni.. tara... siapa lagi kalau bukan dari Cikgu Salena Kota Tinggi..

Sunday, April 7, 2013

Birthday 2 beradik yang comel

Pasti sangat dua beradik ni memang comel sbb masa ambil kek kt umah k.hjh tu rasanya amirah yg dlm kete, tp x tanya sbb ayahandanya yg dtg.  (malu nak cakap2).  Mira mmg comel sgt.  Moga kalian berdua menjadi anak soleh dan solehah ye sayang.  Buat mamanya diucapkan jutaan tq dan harap puas hati dan buat tempahan ulangan next time.

Saturday, April 6, 2013

Selamat Pengantin Baru Azizah & Azizi



Alhamdulillah siap gak tempahan ini.  Kalau anda perasan nama pengantin lelaki atas kek ialah zizan, nasib baik sempat tengok kat sms, sejurus sebelum deliver sempat k.hjh betulkan.. Moga berkekalan hingga ke syurga ke zizah.. terima kasih daun keladi..next time ada adik2 nak jd perantin boleh helo2 k.hjh eh..


Tempahan Nasi Ambeng


Sapa tak kenal nasi ambeng.  Tara... ni la dia..lengkap dengan nasi, mee goreng, ayam masak kicap, serunding, ikan masin di alas dengan daun pisang (kat sini x nampak lak).. siap dengan air kota = RM 5.00/pek siap untuk dihantar ke rumah anak2 yatim, ke sekolah tahfiz atau ke masjid bagi menyempurnakan hajat.  Gambar di atas adalah untuk hajat seorang sahabat dan akan dihantar ke masjid tg. puteri.. Mudah2an ianya diterima olehNya.