
"Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya". Dan aku pasti sangat akan ketentuan Illahi. Ini lah kek yg memberi seribu satu cerita tersirat, kerana perancangan Allah itu lebih baik dari rancangan manusia. Malas nak cerita, namun kek ini akhirnya menjadi milik seorang sahabat yang sangat berhemah. Ianya telah disedekahkan kepada 7 orang sahabat handai yang lain yang akhirnya semuanya mengakui keenakan dan kesedapan kek ini lalu membuat tempahan kek yang sama. Bukan decoration yang menjadi ukuran, kerana kalau kita lihat kek yang mahal dan sedap x perlu lagi di deco sebagai daya penarik.
Bukan senang nak buat kek ini, sebab ianya mesti kena masuk peti ais overnight then keesokan harinya baru boleh buat finishing. Kek ini juga bermain dgn UHT milk dan chocolate yang sangat banyak...
Yang pasti, pengajaran besar - selepas kek ini akak telah mengambil keputusan bahawa setiap tempahan mesti dibayar penuh terlebih dahulu. Kalau tidak akak kira ianya hanya gurauan semata-mata.